Tuesday, 24 January 2012

Istikharah Cinta

Permulaan sebuah kehidupan. Semuanya berlaku dengan tiba-tiba. Adakah ini rasanya apabila seseorang itu diterjah dengan rasa cinta kepada makhluk-Nya. Aku terfikir sejenak. 
     'Jika benar ini petunjuknya, sudah bersediakah aku?'
Hanya doa padaMu aku pinta. Tunjukkanlah kepada hambaMu yang hina ini akan kepastiannya. Biar petunjuk itu yang menjelaskannya. Aku hanya mampu bertafakur dan bermujahadah padamu ya Allah. Engkaulah Segala-galanya padaku.


Benar aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Namun, jika hilang agama itu pada dirimu hilanglah cintaku padamu. Tapi, aku masih lagi mengharap agar semuanya dipermudahkan. Segala kecelaruan di hati ini akan ku buang untuk aku menghadap padaMu wahai Tuhanku. 




'Ya Allah, hambaMu ini memohon padaMu agar dipermudahkan segala urusan. Semoga aku mampu bertahan mengekalkan kasih suci yang kau berikan. Pintaku hanya satu, jika benar dia milikku, mampirkanlah aku padanya untukMu, redailah bunga yang sedang ingin memekar ini hanya keranaMu. Terbitkanlah rasa hubbulillah pada diri kami.'


Ya Tuhanku, diri ini masih kerdil untuk menentukan segalanya. Bantulah daku Ya Rabbi. Moga istikharah cintaku padaMu terbalas.

1 comment:

  1. awesome statement : Pintaku hanya satu, jika benar dia milikku, mampirkanlah aku padanya untukMu, redailah bunga yang sedang ingin memekar ini hanya keranaMu.
    10.30a.m. , bce post ni smbil dgr lagu istikharah cinta by sigma , what a meaningful entry .

    ReplyDelete