Ikhlas ?ape tu IKHLAS ??
Maksud firman Allah S.W.T: “Padahal mereka tidak
diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dgn mengikhlaskan ibadat kepadaNya”
(Al-Baiyyinah ayat :5)
Jadi, bagi aku ikhlas ni satu benda subjektif yang
mana sifatnya membenarkan segala yang berlaku untuk maslahat umum. Tak kira
untuk diri sendiri, atau orang lain. Betul tak? Tambahan, dengan ikhlas tu
sendiri akan mendekatkan diri kita dengan Allah. Seitap yang dilakukan perlukan
keikhlasan untuk pastikan ia diterima ramai.
Jadi, jelaslah!!
Jadi, jelaslah!!
Perkataan dan rasa ikhlas dalam melakukan sesuatu,
yang mana kita perlu melakukan sesuatu, yang mana kita perlu meletakkan
matlamat untuk mendapatkan keredhaan Allah sebagai yang paling utama. Biar
sikit yang kita buat tapi ikhlas, daripada berlambak tapi haprak. Bila kita mengeluh
dengan apa yang kita lakukan, hanya penat dan sia-sia. Sebab? Sebabnya setiap perkara
kita lakukan, diikhlaskan untuk beribadat kepadaNya, nescaya akan dibalas
dengan pahala yang percuma dariNya. Betul tak?
Kata-kata Saidina Ali r.a b’maksud: “Janganlah
kamu prihatin kerana amalan yang sikit, tetapi apa yg harus kamu prihatin ialah
apakah amalan itu akan diterima Allah”
Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepada Muaz bin
Jabal yang diriwayatkan oleh al-Dailami yg bermaksud: “Ikhlaskan amalanmu dan
sudah mencukupi untukmu amalan yang sedikit (asal ikhlas)”
Ikhlaskanlah diri dalam apa jua perkara. Jangan hanya
mengharapkan balasan dari orang lain. Balasan manusia kadang2 manis, kadang2
pahit. Jadi, ikhlaskan perbuatan anda, nescaya akan di balas dengan
sebaik-baiknya oleh Allah!
Tak ada sesiapa pun yang tahu adakah kita betul2
ikhlas atau pura2 ikhlas. Hanya Allah dan diri sendiri yang tahu. Apa yang
pasti, orang yang ikhlas itu adalah orang yang sungguh mulia pekertinya di sisi
Allah.