Tuesday, 3 April 2012

Warna Warni Mujahideen

Seperti biasa, aku mulakan hari yang indah dengan Kalamullah berserta senaman rohani. Sambil bersiap siap untuk berjihad, aku terpegun serentak berfikir 'Betul ke keputusan yang akan aku buat ni?' Hidup kita seringkali dikelilingi dilema .Mana yang dahulu mana kemudian. 'Bismikallah .Dengan namaMu aku mulakan hari yang bermakna ini untuk aku teruskan perjuangan si mujahid' .

  "Weh, biar betul? Takkan hang nak tinggalkan kitorang? Habis nanti siapa lagi yang nak tolong kitorang kalau hang dah takda? Toksah la pi. Kitorang tak nak mutiara mujahid takda waktu kitorang perlukan."

Banyak tanda tanya yang bermain di fikiran mereka. Malah,lebih banyak tanda tanya yang masih berlegar di fikiranku. 'Sanggup ke aku tinggalkan diorang? Mampu ke aku hidup tanpa diorang?' Hanya Allah yang lebih mengetahui permasalahan ini.
"Allah, padaMu hamba yang kerdil ini meminta dan menadah tngan yang penuh duka dan dosa ini, tunjukkanlah padaku rahsiaMu. Bantulah hambaMu yang hina ini Ya Allah."
Tidak aku nafikan merekalah penggerak semangatku. Tidak aku nafikan merekalah pembimbing jalan gelapku.Tidak aku nafikan mereka jualah penyelamat jiwaku. Namun, aku ingin mengejar cita-cita yang sudah lama terpasak di hati. Aku ingin mendapatkan ilmu yang lebih dari ini. Bukan aku tak suka bersama mereka, tapi hakikatnya aku juga yang terpaksa menanggung deritanya. Hidup sang mujahid ini memang perlukan pengorbanan dan perjuangan. Impian sudah di sepan mata, tapi aku di dalam dilema untuk kekal bersama pejuang-pejuang tercinta di sini.
~Sa'idni ya Rabbi~


Wahai mujahid
Hidupmu memang sentiasa diduga
Inilah hakikat yang tertulis untukmu
Wahai mujahid 
Dirimu senantiasa diuji
Namun kau masih teguh berdiri
Biar jihadmu terus diuji
Agar kau lebih gigih di sisi Ilahi
Wahai mujahid
Maralah ke hadapan
Bersama ilmumu dan juga fikiran
Jangan kau sungkur sebelum berjuang
Demi agama dan Penciptamu

Wahai sahabat pejuangku, izinkan diri ini menjauhkan diri dari kalian untuk aku menuntut ilmu Allah yang takkan pernah habis. Berikan aku ruang untuk syahid bersama para mujahideen yang lain pula. Namun kalian masih lagi menjadi pendampingku selamanya. Biar ini memisahkan kita namun perjuangan kita tidak mungkin terhenti di separuh jalan sahaja. Jangan kerana perpisahan ini, kita tidak akan bersua kembali. Biar darah mujahid yang akan mempertemukan kita semula, wahai MUJAHIDEEN.