Tuesday, 24 January 2012

Istikharah Cinta

Permulaan sebuah kehidupan. Semuanya berlaku dengan tiba-tiba. Adakah ini rasanya apabila seseorang itu diterjah dengan rasa cinta kepada makhluk-Nya. Aku terfikir sejenak. 
     'Jika benar ini petunjuknya, sudah bersediakah aku?'
Hanya doa padaMu aku pinta. Tunjukkanlah kepada hambaMu yang hina ini akan kepastiannya. Biar petunjuk itu yang menjelaskannya. Aku hanya mampu bertafakur dan bermujahadah padamu ya Allah. Engkaulah Segala-galanya padaku.


Benar aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Namun, jika hilang agama itu pada dirimu hilanglah cintaku padamu. Tapi, aku masih lagi mengharap agar semuanya dipermudahkan. Segala kecelaruan di hati ini akan ku buang untuk aku menghadap padaMu wahai Tuhanku. 




'Ya Allah, hambaMu ini memohon padaMu agar dipermudahkan segala urusan. Semoga aku mampu bertahan mengekalkan kasih suci yang kau berikan. Pintaku hanya satu, jika benar dia milikku, mampirkanlah aku padanya untukMu, redailah bunga yang sedang ingin memekar ini hanya keranaMu. Terbitkanlah rasa hubbulillah pada diri kami.'


Ya Tuhanku, diri ini masih kerdil untuk menentukan segalanya. Bantulah daku Ya Rabbi. Moga istikharah cintaku padaMu terbalas.

Wednesday, 4 January 2012

Fatih al-Sanah ~فاتح السنة ~


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ

Aku bersyukur ke Hadrat-Nya, kerana dengan izin-Nya aku dapat kembali meneruskan pencarian ilmu ukhrawi yang tiada bandingnya. Alhamdulillah, satu permulaan yang sangat baik untukku dalam usaha mendapatkan mardhatillah. First impression menyertai semula adik2 untuk belajar sangat menyeronokkan. Terkejut jugak dengan bi'ah yang diterapkan disini (Kolej al-Hidayah,Ipoh). Rasa terlalu kerdil hati dan sanubari melihat anak2 kecil yang bertungkus-lumus mendapatkan cinta Ilahi sedangkan aku hanya memerhati dari jauh. Namun aku berharap ini sebagai permulaan baharu bagi perjalanan yang terlalu singkat ini. 

Sekali lagi diri ini dihimpit rasa kekerdilan yang tidak terhingga. Disinggahi oleh teman2 baharu yang merupakan para tahfiz, aku tersentak 'bila aku boleh jadi seperti diorang?'. Dikelilingi teman2 sebegini membuat hati kecil ingin menangis teresak-esak.Namun aku sedar hidup perlu diteruskan dan pencarian ilmu itu tidak akan terhenti selagi nyawa dikandung badan.

bismillah..
"Engkau Yang Memiliki Segalanya..
ampunilah dosa2ku..makbulkanlah ibadahku..terimalah doaku..
Maha Suci Engkau..
aku kini terdampar di gurun rindu..
gurun yang sepertinya ketandusan cintamu..
gurun yang menjerat segala ibadah dan amalanku pada-Mu..
maka Ya Allah..diri yang kerdil ini memohon keampunanmu..
sejajar di bulan yang penuh dengan keampunan-Mu..."
Allah hummaghfirli waliwalidaiya warhamhuma kama rabbayani soghira




Akan ku cuba merungakai persoalan2 yang masih terngiang-ngiang di hati di sini. Biar aku membawa diri yang kerdil ini menempuh dugaan realiti ke alam fantasi, kerana di sana aku sendiri yang akan mencipta realiti, tetapi hanya Ilahi yang mengetahui.