Sunday, 11 November 2012

~Kesucian Hati~


Ikhlas ?ape tu IKHLAS ??

Maksud firman Allah S.W.T: “Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dgn mengikhlaskan ibadat kepadaNya” (Al-Baiyyinah ayat :5)

Jadi, bagi aku ikhlas ni satu benda subjektif yang mana sifatnya membenarkan segala yang berlaku untuk maslahat umum. Tak kira untuk diri sendiri, atau orang lain. Betul tak? Tambahan, dengan ikhlas tu sendiri akan mendekatkan diri kita dengan Allah. Seitap yang dilakukan perlukan keikhlasan untuk pastikan ia diterima ramai.

Jadi, jelaslah!!
Perkataan dan rasa ikhlas dalam melakukan sesuatu, yang mana kita perlu melakukan sesuatu, yang mana kita perlu meletakkan matlamat untuk mendapatkan keredhaan Allah sebagai yang paling utama. Biar sikit yang kita buat tapi ikhlas, daripada berlambak tapi haprak. Bila kita mengeluh dengan apa yang kita lakukan, hanya penat dan sia-sia. Sebab? Sebabnya setiap perkara kita lakukan, diikhlaskan untuk beribadat kepadaNya, nescaya akan dibalas dengan pahala yang percuma dariNya. Betul tak?

Kata-kata Saidina Ali r.a b’maksud: “Janganlah kamu prihatin kerana amalan yang sikit, tetapi apa yg harus kamu prihatin ialah apakah amalan itu akan diterima Allah

Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepada Muaz bin Jabal yang diriwayatkan oleh al-Dailami yg bermaksud: “Ikhlaskan amalanmu dan sudah mencukupi untukmu amalan yang sedikit (asal ikhlas)

Ikhlaskanlah diri dalam apa jua perkara. Jangan hanya mengharapkan balasan dari orang lain. Balasan manusia kadang2 manis, kadang2 pahit. Jadi, ikhlaskan perbuatan anda, nescaya akan di balas dengan sebaik-baiknya oleh Allah!

Tak ada sesiapa pun yang tahu adakah kita betul2 ikhlas atau pura2 ikhlas. Hanya Allah dan diri sendiri yang tahu. Apa yang pasti, orang yang ikhlas itu adalah orang yang sungguh mulia pekertinya di sisi Allah.

Thursday, 4 October 2012

IMAN!!!!

     "Iman, nak pergi kemane tu?"
     "Kenape tanye? Biarla Iman pergi. Awak dah x sayang kite lagi."

Mahukah anda Iman yang kita peroleh dengan percuma ini hilang tanpa berita? Jangan kau biarkan manisnya Iman itu menjadi kelat dek perilakumu. Peliharalah ia sebaik-baiknya. Jangan kau hancurkan Iman itu kerana mengejar dunia semata-mata.




     "Iman akan balik nanti. Tapi awak kene janji dengan Iman. Jangan biarkan Iman keseorangan lagi. Iman tak nak awak jauhkan diri dari Iman. Iman takut tengok awak berkawan dengan Nafsu. Tak salah, tapi awak dah tinggalkan Iman. Langsung tak bagi Iman peluang dekati awak."

Wahai imanku, aku sedar kini kau segala-galanya. Hidupku tanpamu umpama kertas usang yang kosong tak berisi. Aku kecewa dengan sikapku dahulu. Beri daku peluang sekali lagi. Akan ku sampaikan rinduku dan cintaku padamu Imanku.


Tuesday, 3 April 2012

Warna Warni Mujahideen

Seperti biasa, aku mulakan hari yang indah dengan Kalamullah berserta senaman rohani. Sambil bersiap siap untuk berjihad, aku terpegun serentak berfikir 'Betul ke keputusan yang akan aku buat ni?' Hidup kita seringkali dikelilingi dilema .Mana yang dahulu mana kemudian. 'Bismikallah .Dengan namaMu aku mulakan hari yang bermakna ini untuk aku teruskan perjuangan si mujahid' .

  "Weh, biar betul? Takkan hang nak tinggalkan kitorang? Habis nanti siapa lagi yang nak tolong kitorang kalau hang dah takda? Toksah la pi. Kitorang tak nak mutiara mujahid takda waktu kitorang perlukan."

Banyak tanda tanya yang bermain di fikiran mereka. Malah,lebih banyak tanda tanya yang masih berlegar di fikiranku. 'Sanggup ke aku tinggalkan diorang? Mampu ke aku hidup tanpa diorang?' Hanya Allah yang lebih mengetahui permasalahan ini.
"Allah, padaMu hamba yang kerdil ini meminta dan menadah tngan yang penuh duka dan dosa ini, tunjukkanlah padaku rahsiaMu. Bantulah hambaMu yang hina ini Ya Allah."
Tidak aku nafikan merekalah penggerak semangatku. Tidak aku nafikan merekalah pembimbing jalan gelapku.Tidak aku nafikan mereka jualah penyelamat jiwaku. Namun, aku ingin mengejar cita-cita yang sudah lama terpasak di hati. Aku ingin mendapatkan ilmu yang lebih dari ini. Bukan aku tak suka bersama mereka, tapi hakikatnya aku juga yang terpaksa menanggung deritanya. Hidup sang mujahid ini memang perlukan pengorbanan dan perjuangan. Impian sudah di sepan mata, tapi aku di dalam dilema untuk kekal bersama pejuang-pejuang tercinta di sini.
~Sa'idni ya Rabbi~


Wahai mujahid
Hidupmu memang sentiasa diduga
Inilah hakikat yang tertulis untukmu
Wahai mujahid 
Dirimu senantiasa diuji
Namun kau masih teguh berdiri
Biar jihadmu terus diuji
Agar kau lebih gigih di sisi Ilahi
Wahai mujahid
Maralah ke hadapan
Bersama ilmumu dan juga fikiran
Jangan kau sungkur sebelum berjuang
Demi agama dan Penciptamu

Wahai sahabat pejuangku, izinkan diri ini menjauhkan diri dari kalian untuk aku menuntut ilmu Allah yang takkan pernah habis. Berikan aku ruang untuk syahid bersama para mujahideen yang lain pula. Namun kalian masih lagi menjadi pendampingku selamanya. Biar ini memisahkan kita namun perjuangan kita tidak mungkin terhenti di separuh jalan sahaja. Jangan kerana perpisahan ini, kita tidak akan bersua kembali. Biar darah mujahid yang akan mempertemukan kita semula, wahai MUJAHIDEEN.

Tuesday, 24 January 2012

Istikharah Cinta

Permulaan sebuah kehidupan. Semuanya berlaku dengan tiba-tiba. Adakah ini rasanya apabila seseorang itu diterjah dengan rasa cinta kepada makhluk-Nya. Aku terfikir sejenak. 
     'Jika benar ini petunjuknya, sudah bersediakah aku?'
Hanya doa padaMu aku pinta. Tunjukkanlah kepada hambaMu yang hina ini akan kepastiannya. Biar petunjuk itu yang menjelaskannya. Aku hanya mampu bertafakur dan bermujahadah padamu ya Allah. Engkaulah Segala-galanya padaku.


Benar aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Namun, jika hilang agama itu pada dirimu hilanglah cintaku padamu. Tapi, aku masih lagi mengharap agar semuanya dipermudahkan. Segala kecelaruan di hati ini akan ku buang untuk aku menghadap padaMu wahai Tuhanku. 




'Ya Allah, hambaMu ini memohon padaMu agar dipermudahkan segala urusan. Semoga aku mampu bertahan mengekalkan kasih suci yang kau berikan. Pintaku hanya satu, jika benar dia milikku, mampirkanlah aku padanya untukMu, redailah bunga yang sedang ingin memekar ini hanya keranaMu. Terbitkanlah rasa hubbulillah pada diri kami.'


Ya Tuhanku, diri ini masih kerdil untuk menentukan segalanya. Bantulah daku Ya Rabbi. Moga istikharah cintaku padaMu terbalas.

Wednesday, 4 January 2012

Fatih al-Sanah ~فاتح السنة ~


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ

Aku bersyukur ke Hadrat-Nya, kerana dengan izin-Nya aku dapat kembali meneruskan pencarian ilmu ukhrawi yang tiada bandingnya. Alhamdulillah, satu permulaan yang sangat baik untukku dalam usaha mendapatkan mardhatillah. First impression menyertai semula adik2 untuk belajar sangat menyeronokkan. Terkejut jugak dengan bi'ah yang diterapkan disini (Kolej al-Hidayah,Ipoh). Rasa terlalu kerdil hati dan sanubari melihat anak2 kecil yang bertungkus-lumus mendapatkan cinta Ilahi sedangkan aku hanya memerhati dari jauh. Namun aku berharap ini sebagai permulaan baharu bagi perjalanan yang terlalu singkat ini. 

Sekali lagi diri ini dihimpit rasa kekerdilan yang tidak terhingga. Disinggahi oleh teman2 baharu yang merupakan para tahfiz, aku tersentak 'bila aku boleh jadi seperti diorang?'. Dikelilingi teman2 sebegini membuat hati kecil ingin menangis teresak-esak.Namun aku sedar hidup perlu diteruskan dan pencarian ilmu itu tidak akan terhenti selagi nyawa dikandung badan.

bismillah..
"Engkau Yang Memiliki Segalanya..
ampunilah dosa2ku..makbulkanlah ibadahku..terimalah doaku..
Maha Suci Engkau..
aku kini terdampar di gurun rindu..
gurun yang sepertinya ketandusan cintamu..
gurun yang menjerat segala ibadah dan amalanku pada-Mu..
maka Ya Allah..diri yang kerdil ini memohon keampunanmu..
sejajar di bulan yang penuh dengan keampunan-Mu..."
Allah hummaghfirli waliwalidaiya warhamhuma kama rabbayani soghira




Akan ku cuba merungakai persoalan2 yang masih terngiang-ngiang di hati di sini. Biar aku membawa diri yang kerdil ini menempuh dugaan realiti ke alam fantasi, kerana di sana aku sendiri yang akan mencipta realiti, tetapi hanya Ilahi yang mengetahui.