Monday, 22 December 2014

Api -Cerpen Pendek-



Hujan tak jua datang
Kuntum-kuntum rembulan sujud
dalam cahaya langit malam
Lagi,
meretakkan bumi kering

“Haih, sampai bila bahang panas ni akan kekal? Aku dah tak boleh tahan dah. Dah dekat sebulan dah cuaca panas macam ni. Kau tengok ni Meran, habis gugur rambut-rambut dibuatnya.” Jat lambai-lambaikan dahannya yang makin penuh dengan dedaun kering.
“Nak buat macam mana Jat, memang tiap-tiap tahun bila masuk saja bulan Julai panas dia lain macam. Bukan kau saja yang rasa.”
Saling berpandangan sesama mereka. Masing-masing setuju dengan apa yang diluah. Makin hari tanah makin kering, mula tunjuk tanda-tanda rekah. Walaupun angin sendalu sering menyapa, masih lagi belum cukup meredakan bahang matahari yang tak bisa dihalang.
            “Aku bukan apa, kita ni dah tua memang lah boleh tahan. Kita tahu apa nak dibuat bila jadi keadaan macam ni. Masalahnya aku kesian dekat pewaris-pewaris kita. Baru saja nak mula pasakkan kaki dah tumbang. Pengsan. Sampaikan ada yang mati lagi.” Mata terisi dengan kesayuan melihat anak-anak pokok yang baru separuh jalan terpaksa rebah lebih awal. Tanah-tanah yang kering dan merekah buatkan mereka tak mampu mencengkam dengan baik.
            “apa lah agaknya nasib tempat ini suatu hari nanti. Makin lama makin kurang penghuninya. Aku rasa kita berdua lah yang paling tua sekarang dalam kelompok ini.”
Jat hanya mampu mengeluh. Nak tolong pun kudrat sudah tak sama seperti dahulu. Sekarang semua sudah panggil dia Tok Meran. Macam itu jugalah nasib Jat. Dua taiko tua yang masih mampu bertahan.
            “Kadang-kadang aku sendiri tak faham kenapa perlu ada musim itu, musim ini. Menyusahkan! Dan aku paling tak faham kenapa perlu ada kemarau? Aku berzikir, meratib tiap-tiap hari kat Tuhan, ini yang dia balas pada kita.” Meran pegang bahu Jat, mengoncang sekuat-kuat hatinya.
            “Hoi, tolol! Yang kau goncang-goncang aku kenapa?  Aku bukan tuhan! Kau nampak kepala aku ni. Kau rasa Tuhan tu macam aku ke? Botak tengah macam ni sampai aku kau goncang-goncang. Sakit tahu!” Biarpun sedari tadi Meran hanya buka telinga mendengar dan melayan keluhan rakannya itu, tapi kali ini dia mula rimas.
            “Hahaha! Ampunkan patik Tok Jat. Patik tidak sengaja buat begitu sampai habis gugur rambut Tok tu.”
            “Jangan menyusahkan aku. Kita sudah lah susah, jangan nak tambahkan masalah pulak. Kalau aku mati tadi macam mana? Kau tu bukannya pandai nak jaga budak-budak kita. Cuma tahu nak buli saja.” Sesekali perlakuan Jat menaikkan angin Meran. Walaupun sudah beberapa kali ditegur tetap saja sama perangainya.
Mereka kembali senyap, berpandangan satu sama lain. Inilah kehidupan mereka sekarang. Makin hari makin suram tanpa ada pewaris-pewaris yang dapat hidup lama. Kemarau ini sememangnya buatkan mereka terasa keperitannya.
Kali ini angin bertiup lebih kuat. Habis semua dedaun kering disapunya.
            “Aku rindu nak mandi bersama-sama. Aku rindu nak lihat air hujan jatuh jadi embun. Dah nak dekat sebulan tak mandi rasa melekit-lekit satu badan. Tak selesa lah Meran.” Kulit-kulit pokok nampak terlalu kering. Pedih melayan sinaran matahari yang membahang. “Aku tahu kita sudah tua, tapi apa salahnya kan aku mahu bergaya? Tapi kalau melekit-lekit macam ni nak bergaya pun jadi malu.”
            “Ya aku faham. Aku pun sama macam kau. Tapi nak buat macam mana lagi? Ini Tuhan yang tentukan. Kun Fa Yakun! Kita cuma mampu berdoa saja Jat.”
            “Ah, berdoa konon! Aku sudah tiap-tiap hari berdoa minta diturunkan hujan. Tidak juga turun-turun. Tiap kali selepas meratib aku akan berdoa semoga kita akan panjang umur dan dimurahkan rezeki, kau tahu?” Jat tinggikan suaranya. Tersentak anak-anak pokok yang lain dalam resah bahang panas yang entah bila akan berakhir. Semua mata tertumpu pada mereka. Walaupun matahari sudah jatuh separa dari bumi. Namun, bahangnya tak pernah susut walau seinci. Sama juga dengan suaranya Jat. Sudah makin meninggi.
            “Ya, aku tahu. Bukannya aku tak nampak. Setiap hari kau berdoa kuat-kuat seolah mahu menunjuk. Aku rasa sebab itu tak makbul doa kau tu. Bongkak!” Meran sendiri sudah naik lemas, sudah masak dengan perangai Jat. Kalau tak menunjuk bukan Jat namanya.
            “Astaghfirullah!”
Angin kencang menerpa membawa bau asap dari seberang. Penglihatan mereka sudah semakin kabur. Anak-anak pokok mula ketakutan.
            “Jaaaaat!” terbeliak.
            “Meraaan, api!”
*****

13/12/2014 22:37
-Ah Li-

Tuesday, 15 April 2014

BATA BATI BATU

Gembira, kecewa, ceria, duka
Tiada apa yang istimewa
Kerana aku hanyalah bata
Yang kosong antara dua muka

Aku adalah bata
Kuat kerana dipapah
Hebat kerana dipimpin
Lemah kerana retak sekeliling

Terasa seolah-olah dunia gelap seketika
Saat kanan dicabut nyawanya
Tika kiri direntap cita cintanya
Apa ada lagi manusia durjana?

Aku ditengah-tengah
Kanan aku penegak
Kiri aku penguat
Keliling aku semua sahabat

Aku adalah bata
Hidup untuk memenuhi cita
Jika datang si durjana
Ah! persetankan dan teruslah ke syurga

Dan aku masih lagi bata
Kukuhkan dua benua
Jalinkan kalung cinta
Pisahkan segenap lara

Bata
Bati
Batu

Kukuh seperti bata
Teguh laksana bati
Keras umpama batu
Terus kekal bata, hanya AKU!

Monday, 3 March 2014

Gol!




Zupp!
            “Kau ni memang tak serik-serik! Dulu lagi ayah cakap ayah tak suka kau main bola! Tengok sekarang ni, bahu yang patah ni kau ingat boleh elok balik!?” Ayah waktu itu sudah seakan-akan singa yang laparkan daging manusia. Wajahnya yang bertukar kemerahan itu ditambah dengan lentikan misai ala-ala koboi buatkan aku tidak berani tatap wajah ayah. Kali ini kepala tali pinggang askarnya pula yang menjadi makanan belakangku. Aku kekal bisu dan kaku. Siapa yang berani melawan tindakan ayah? Aku relakan sahaja diriku mendengar leteran dan sebatan ayah. Hanya diam sahaja caranya bila keadaan sudah parah sebegini.

            “Aku nak kau ni jadi askar. Bukan pemain bola! Tak kemana pun kalau jadi pemain bola. Kau tu anak sulung. Jadilah contoh pada adik-adik! Ini baru patah bahu. Takkan kau nak tunggu sampai patah semua belulang baru nak berhenti bermain? Fikir masa depan kau Along!” Leteran ayah yang hampir dua jam itu buatkan aku terpukul. Mungkin ada benarnya juga omongan ayah itu. Tapi, bola sepak itu minat aku sejak kecil! Takkan itu juga salah?

            Malam itu aku tidak boleh lelapkan mata. Jam loceng sudah tepat menunjukkan pukul dua pagi. Namun, sakitnya badan ini Allah sahaja yang mengerti. Sebenarnya aku masih bingung mengapa ayah bertindak sedemikian. Padahal minat kami pada bola sepak sangat mendalam. Dia seakan-akan seorang jurulatih professional dan aku adalah pemainnya. Ayah cukup terkenal di kampungnya dengan gelecekan dan skillnya yang memukau. Bila sebut sahaja ‘Rahman Libero’, semua orang akan menceritakan pengalaman mereka melihat kehebatan ayah beraksi di atas padang.

            “Kau bila dah besar nanti, jadi penjaga gol yang tangkas. Bukan macam mamat tu. Main pun macam longkang! Anak rimau pun boleh tepis bola tu!” Masih lagi aku ingat kata-kata ayah sewaktu kami menonton bola sepak di stadium suatu masa dahulu. Semangatnya itulah yang menjadikan aku bertambah minat dengan bola sepak hingga kini.

            Sekarang aku jadi bingung. Bingung dengan sikap mendadak ayah ini. Padahal, dahulu dia yang menyuruhku menjadi penjaga gol. Malah, kini aku sudahpun terpilih mewakili negeri dalam MSSN nanti. Apa lagi yang ayah mahu? Tidakkah dia bangga dengan anaknya ini!?

            ‘Ah, Persetankan kata-kata ayah! Aku ingin jadi pemain bola yang terkenal. Biar semua tahu siapa aku suatu hari nanti! Salahkah kalau aku ingin jadi seperti ayah?’ Hanya monolog sahaja yang dapat aku luahkan daripada aku bertegang urat dengan ayah dalam situasi yang sebegini. Luahanku mati. Lenaku tetap tidak tenang kerana bisa sebatan ayah malam tadi. Minyak gamat yang ibu beri juga tidak mampu mengurangkan kepedihan hati aku.

***

Pagi itu kurasa kebas. Seluruh tubuhku seolah-olah digam dengan lekapan yang sangat kuat. Sepertinya, aku tidak boleh ke sekolah hari ini. Bisa sebatan ayah makin mencucuk-cucuk tubuhku. Tetapi, ibadah tetap ibadah. Aku gagahkan diri bangun menunaikan solat subuh walaupun terpaksa duduk. Bahu yang patah ini ditambah dengan bisa sebatan ayah semalam sangat melemahkan jasadku. Cuma, untuk ke sekolah dalam keadaan begini? Malu!

“Ha! apa lagi yang kau terheeh-hegeh tu? Cepat bersiap. Ayah nak hantar adik-adik kamu lagi. Jangan sampai aku sebat lagi sekali!”
“Boleh tak kalau Along tak pergi sekolah hari ini, ayah? Badan tak boleh nak tegak.”
“Apa! Kau ingat aku hantar kau ke sekolah untuk tegakkan badan? Aku suruh belajar! Cari ilmu untuk masa depan. Itu padahnya asyik sangat dengan main bola! Cepat. Aku dah lambat ni!”

Terpaksa jugalah aku bongkokkan diri hari ini ke sekolah. Walaupun satu sekolah tahu bahuku ini patah, tetapi mereka tetap ditipu dengan sebatan ayah. Inilah alasanku kepada sahabat-sahabatku yang lain mengapa aku bongkokkan diri hari ini. Mungkin ini juga salahku kerana tidak berhati-hati semasa lakukan landing pada hari itu.

            Petang itu aku sekadar melihat jiran-jiran bermain bola di padang di hadapan rumah. Kerancakan mereka sama sekali tidak boleh memadamkan otakku yang ligat berlari mencari jawapan. Sesekali, aku membetulkan laras kain yang memangku tanganku. Kali ini, kerusi batu menjadi penemanku. Mentari senja seolah-olah menangisi kepedihanku.

‘Apa yang aku buat semuanya tak kena! Tapi adik-adik aku, sikit pun ayah tidak marah. Tampar pun tak pernah, inikan pula rasa sebatan ayah. Kenapa aku yang selalu jadi mangsa? Bila aku bergaduh dengan yang lain, tetap juga aku yang disebat, dilibas. Hatta kalau adik aku yang menjadi punca perbalahan kami, masih juga ayah mencari aku!’

Aku nekad! Walau apa pun yang jadi kali ini, aku akan berempat mata dengan ayah. Aku mahukan penjelasan mengapa dia berkeras melarang aku bermain secara serius dalam bola sepak! Aku tetap dengan pendirianku kali ini. Walau apapun yang akan jadi, biar ini yang menjadi hala tuju masa kelakku. Aku sudah letih menanggung beban yang semakin berat untuk dipikul oleh bahuku yang cacat ini.

Pekatnya malam seolah-olah memberi suatu petanda buruk yang akan berlaku. Desir anginnya seakan-akan mahu menebang balak. Adakah ini tanda sesuatu yang buruk akan berlaku? Allah, aku mohon dijauhkan dari segala musibah yang akan terjadi malam ini. Benarkan kami bersemuka dengan aman. Biar segala perselisihan antara aku dengan ayah tentang minatku ini berakhir malam ini dengan tenang. Amin.

***

“ABANG! Apa lagi yang dibuat kat atas tu? Awak dah lambat ni. Nanti kena marah dengan coach jangan salahkan saya.” Lamunanku terhenti. Suara isteriku dari dapur menyedarkan aku.

“Barang-barang abang semua saya dah siapkan. Saya dah letakkan atas rak kasut tu.” Aku bingkas bangun dan bersiap untuk ke Stadium Bukit Jalil. Hari ini adalah hari yang penting. Hari penentu siapa yang bakal mencium Piala Suzuki kelak.

Bingkai gambar di tangan ini masih lagi ku tatap. Insan itulah yang jadikan siapa aku hari ini. Walaupun dahulunya kami hampir bertegang urat, namun dialah yang mendorongku untuk berjaya pada hari ini. Kini, semua itu adalah memori. Memori antara minat, harapan dan kehilangan. Antara ayah dan aku hanyalah masa silam yang cukup pedih untuk diingat kembali. Semoga dia ditempatkan dengan orang-orang yang soleh.

            “Ayah harap kau jaga diri baik-baik. Minat tetap minat. Tapi, sekali kita terkena musibah, selamanya minat kita itu akan terpadam. Ayah tak mahu kau jadi seperti ayah. Jadilah yang lebih hebat! Ayah akan sokong kau walau apapun yang terjadi.” Ini pesan terakhir ayah. Pesanan yang selamanya tidak mungkin aku lupa. Biras-biras sebatan ayah dahulu hanya tinggal parut yang tidak tertanggal. Inilah yang akan aku jadikan bukti kasih sayang seorang ayah kepada anak-anakku nanti.

Aku adalah penjaga gol kebangsaan. Idolaku adalah ayahku. Aku patah bahu. Dia patah kaki. Kami punya mimpi ngeri. Namun, itu bukan penghalang siapa aku hari ini. Cerita kami hampir sama. Cuma, aku kekal dengan minatku dan ayah hilang tanpa bicara. Al-fatihah.

-Ahad 2/3/2014  (01.27p.m.)
-Moga dalam lindungan Ilahi.

Thursday, 27 February 2014

Mana Perginya Bunga Negara?

I
Kerna satu negara,
Langkah ku mulakan mencorak dunia,
Berlari ku pergi melukis masa,
Kaku diriku kerana bisanya.

Waktu itu,
Aku lihat sang pejuang bermandi darah,
Aku lihat sang pemikir memerah otak,
Aku lihat sang pendakwah khusyuk beribadah,
Tapi aku kekal kaku menunggu suapan yang sia-sia.


II
Kerana sebuah negara,
Aku melangkah dalam sesak kehidupan,
Aku berlari dalam gelita kejahilan,
Aku melukis dalam sengsara pencarian.

Hari ini,
Aku jumpa perajurit penuh wawasan,
Aku jumpa pentadbir lengkap perancangan,
Aku jumpa ulama' tersemat kelembutan,
Pada mereka aku tagih sebuah ketamadunan.


III
Di bawah langit tuhan aku berjalan,
Mencari sisa ilmu yang bertebaran,
Padanya aku berhenti dengan persoalan,
Mengapa kita masih leka disuap kelalaian?


By: BintangHijau
       - Khamis 01:46p.m. -



 

"ORANG LALAI (DARI PEGANGAN TAUHID), TATKALA DATANG WAKTU PAGI DIA MEMIKIRKAN APA YANG HARUS DIKERJAKANNYA. ORANG YANG BERAKAL (BERTAUHID) MENERIMA PEKERJAAN YANG DITAKDIRKAN ALLAH S.W.T UNTUKNYA."

Saturday, 23 March 2013

Rindu Antara Benua

      Assalamualaikum Semua. Sekian lama aku meninggalkan jejak ini, rasanya makin jauh diri aku dengan tujuan aku menyalakan api kecil untuk kita kongsi bersama. Alasannya MASA, dan MASA, kemudiannya MASA. Entahlah, mungkin aku sendiri yang tidak me'MASA'kan diri aku untuk secebis perkongsian. Tapi Maha Suci Allah, Dia memberi aku peluang agar aku menari-narikan jemari aku untukNya, insyaAllah. Walaupun aku bukan antara ciptaanNya yang sempurna, aku berharap aku mampu menyempurnakan sesiapa sahaja di sekililingku. Aku CUBA.

       Untuk kesekian kalinya, aku ingin mampirkan sanubari yang kerdil ini demi kalian, dan kali ini ingin sekali aku memutarkan kembali skrip lama yang makin dikotori dengan hasad dan dengki, iaitu UKHWAH.

       (U-K-H-W-A-H) Lima huruf, satu pengertian, sejuta perkongsian. Mungkin ada yang fikir ianya sudah 'out-of-date'. Tapi ingat, sekali kita tinggalkannya, selama-lamanya ia akan menjauhkan diri dari kita. Aku kenal ukhwah ni ketika di sekolah menengah. Fasa menengah rendah mendefinisikan ukhwah bagi aku adalah 'Kau kena, Aku kena sekali', sangat sinonim dengan kehidupan berasrama. Waktu tu bagi aku, masa yang sangat comel untuk aku katakan yang ukhwah itu adalah rasa kebersamaan kami satu generasi baru untuk mendepani segala hiruk-pikuk kehidupan berasrama. Dari mula aku jejakkan kaki di sekolah, sehinggalah aku melangkah jauh pergi meninggalkan bekas-bekasnya. Ya, aku juga mengaku yang waktu itu aku bukan antara orang yang inginkan 'One for All' tu, tapi cukup aku katakan yang mana bila kawan-kawan lain dilempari ujian, aku juga merasa pedihnya. Seronok sebenarnya bila kenangkan kembali catatan-catatan lalu. Penuh suka dan lara. Tapi itulah yang mengajar aku mencari kehidupan.
 
       Kemudian, aku mula melangkah ke fasa menengah atas. Di sini, pelbagai liku-liku yang terpaksa aku lalui. Sini dengan hal pelajarnya, sana dengan hal akademiknya,sinun dengan hal organisasinya. Ya, penuh dengan segala-galanya. Waktu itu, persepsi kolot ukhwah aku mula berubah. Bukan sekadar kebersamaan yang perlu ada, namun hakikatnya aku sedar yang ukhwah itu sebenarnya kebergantungan sesama kami dalam segala aspek. Pernah sekali aku di uji, dan kesannya masih kekal hingga kini. Aku bangga mempunyai teman-teman yang saling memahami dan menerima satu sama lain. Ukhwah pada aku tika itu rasanya seperti darah-darah merah yang mengalir lembut menemani jasad-jasad yang dahagakan pelukan sesama mereka. RINDU!!! Cukuplah perkataan ini membuktikan betapa aku terlalu menyayangi mereka.

       Bagi aku, ukhwah itu ada sinerginya. Sekali kita meyakininya, selamanya kita akan merindui saat-saat bersamanya. Adakalanya kita memerlukan seseorang untuk berkongsi dengan kita, dan itulah lebihnya jika ukhwah itu tertanam dalam sanubari. Persahabatan tak akan pernah putus. Sekalipun bergolak, kita masih mampu bermesra kembali seolah-olah tak pernah timbul pergolakan tersebut. Itulah indahnya ukhwah.

       Selagi aku mampu sedut nikmat Allah yang satu ini, tak mungkin aku akan hancurkan binaan kukuh ukhwah antara kita. Dalam persahabatan memang akan ada pergolakan dan perselisihan, namun perlu diingat bahawa kita masih SATU, di bawah bumbung UKHWAH!!!


عَنْ أَبِيْ حَمْزَة أَنَسِ بنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم عَن النبي صلى الله عليه وسلم قَالَ: (لاَ يُؤمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ) رواه البخاري ومسلم

        Dari Abu Hamzah Anas bin Malik Radhiallahu Ta’ala ‘Anhu, pelayan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, beliau bersabda:“Tidak beriman salah seorang kalian sampai dia mencintai saudaranya, seperti dia mencintai dirinya sendiri.” (HR. Bukhari dan Muslim)
 
 
Imam Al Qurthubi Rahimahullah mengatakan:
أي في الدين والحرمة لا في النسب، ولهذا قيل: أخوة الدين أثبت من أخوة النسب، فإن أخوة النسب تنقطع بمخالفة الدين, وإن أخوة الدين لا تنقطع بمخالفة النسب
"Persaudaraan terletak pada agama dan kehormatan bukan dalam keturunan. Oleh itu dikatakan: persaudaraan karena agama lebih kuat daripada persaudaraan  keturunan, maka persaudaraan keturunan akan terputus dengan berbezanya agama, sedangkan persaudaraan kerana agama tidaklah terputus dengan berbezanya keturunan."(Al Jami’ Li Ahkamil Quran, 16/322-323. Darul ‘Alim Al Kutub, Riyadh. Tahqiq: Hisyam Samir Al Bukhari)


Inni akhukum fil Islam, wa inni waliyyukum fi al-deenina.

Yang merindui kalian,
   ~iNsAnBIaSa~ 












Sunday, 11 November 2012

~Kesucian Hati~


Ikhlas ?ape tu IKHLAS ??

Maksud firman Allah S.W.T: “Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dgn mengikhlaskan ibadat kepadaNya” (Al-Baiyyinah ayat :5)

Jadi, bagi aku ikhlas ni satu benda subjektif yang mana sifatnya membenarkan segala yang berlaku untuk maslahat umum. Tak kira untuk diri sendiri, atau orang lain. Betul tak? Tambahan, dengan ikhlas tu sendiri akan mendekatkan diri kita dengan Allah. Seitap yang dilakukan perlukan keikhlasan untuk pastikan ia diterima ramai.

Jadi, jelaslah!!
Perkataan dan rasa ikhlas dalam melakukan sesuatu, yang mana kita perlu melakukan sesuatu, yang mana kita perlu meletakkan matlamat untuk mendapatkan keredhaan Allah sebagai yang paling utama. Biar sikit yang kita buat tapi ikhlas, daripada berlambak tapi haprak. Bila kita mengeluh dengan apa yang kita lakukan, hanya penat dan sia-sia. Sebab? Sebabnya setiap perkara kita lakukan, diikhlaskan untuk beribadat kepadaNya, nescaya akan dibalas dengan pahala yang percuma dariNya. Betul tak?

Kata-kata Saidina Ali r.a b’maksud: “Janganlah kamu prihatin kerana amalan yang sikit, tetapi apa yg harus kamu prihatin ialah apakah amalan itu akan diterima Allah

Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepada Muaz bin Jabal yang diriwayatkan oleh al-Dailami yg bermaksud: “Ikhlaskan amalanmu dan sudah mencukupi untukmu amalan yang sedikit (asal ikhlas)

Ikhlaskanlah diri dalam apa jua perkara. Jangan hanya mengharapkan balasan dari orang lain. Balasan manusia kadang2 manis, kadang2 pahit. Jadi, ikhlaskan perbuatan anda, nescaya akan di balas dengan sebaik-baiknya oleh Allah!

Tak ada sesiapa pun yang tahu adakah kita betul2 ikhlas atau pura2 ikhlas. Hanya Allah dan diri sendiri yang tahu. Apa yang pasti, orang yang ikhlas itu adalah orang yang sungguh mulia pekertinya di sisi Allah.

Thursday, 4 October 2012

IMAN!!!!

     "Iman, nak pergi kemane tu?"
     "Kenape tanye? Biarla Iman pergi. Awak dah x sayang kite lagi."

Mahukah anda Iman yang kita peroleh dengan percuma ini hilang tanpa berita? Jangan kau biarkan manisnya Iman itu menjadi kelat dek perilakumu. Peliharalah ia sebaik-baiknya. Jangan kau hancurkan Iman itu kerana mengejar dunia semata-mata.




     "Iman akan balik nanti. Tapi awak kene janji dengan Iman. Jangan biarkan Iman keseorangan lagi. Iman tak nak awak jauhkan diri dari Iman. Iman takut tengok awak berkawan dengan Nafsu. Tak salah, tapi awak dah tinggalkan Iman. Langsung tak bagi Iman peluang dekati awak."

Wahai imanku, aku sedar kini kau segala-galanya. Hidupku tanpamu umpama kertas usang yang kosong tak berisi. Aku kecewa dengan sikapku dahulu. Beri daku peluang sekali lagi. Akan ku sampaikan rinduku dan cintaku padamu Imanku.